AD-DIN is an arabic word which is bringing the meaning of religion.
HUDZAIFAH r.a adalah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dengan gelaran "Pemegang Rahsia". Dia diberi gelaran demikian kerana Rasulullah s.a.w telah memberitahukan kepadanya nama-nama orang munafik pada masa itu. Dikatakan dalam suatu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w telah memberitahukan kepada Hudzaifah bila tiba saatnya orang-orang Islam menghadapi zaman fitnah (hal-hal yang menyesatkan) yang akan terjadi hingga hari kiamat. Rasulullah s.a.w juga memberikan senarai nama orang-orang yang hanyut dengan fitnah dunia itu dengan terperinci, termasuk nama orang tuanya, tempat tinggalnya, kabilahnya dan sebagainya yang jumlahnya tiga ratus orang lebih.
Hudzaifah r.a meriwayatkan, "Orang lain sering menanyakan hal-hal baik kepada Rasulullah s.a.w, sedangkan aku bertanya tentang hal-hal yang buruk, supaya aku dapat menghindarinya."
Hudzaifah r.a juga meriwayatkan perbincangannya dengan Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, apakah kami akan kembali kepada kejahatan setelah engkau membawa kebaikan kepada kami?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Ya, memang benar, kejahatan itu akan datang."
Hudzaifah r.a bertanya lagi, "Apakah kami akan memperoleh kebaikan sekali lagi setelah datangnya kejahatan itu?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Wahai Hudzaifah, pergilah, kamu bacalah al Qur'an, renungkanlah makna-maknanya dan ikutilah segala suruhan-suruhannya."
Hudzaifah r.a meneruskan pertanyaan lagi mengenai kejahatan yang akan menimpa kaum muslimin.
Kata Hudzaifah lagi. "Wahai Rasulullah, terangkanlah kepadaku apakah kebaikan akan datang setelah kejahatan itu."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Ya benar, kebaikan itu akan muncul kembali, tetapi hati-hatilah kerana manusia tidak akan merasakannya dengan jelas seperti sebelumnya."
Hudzaifah bertanya lagi, "Dan apakah kejahatan akan datang lagi setelah kebaikan itu?"
Rasulullah menjawab, "Ya memang benar, akan ada orang-orang yang menyesatkan manusia dan menjerumuskannya kedalam neraka."
Hudzaifah bertanya lagi, "Apakah yang harus aku lakukan, sekira aku berada pada zaman itu?"
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya ada sekumpulan orang islam yang dipersatukan dibawah pimpinan seorang Amir, maka sertailah mereka, kalau tidak, jauhkanlah dirimu daripada semua golongan yang berselisih faham sesama mereka dengan mengasingkan diri atau mencari perlindungan dibawah akar sebatang pohon dan diamlah disitu sehingga kamu meninggal dunia."
Sebagaimana diketahui bahawa Rasulullah s.a.w telah memberikan kepada Hudzaifah senarai nama orang-orang munafik ketika itu, maka Umar pernah bertanya kepadanya, "Apakah ada orang-orang munafik dikalangan wakil-wakilku?"
Hudzaifah menjawab, "Ya benar, ada seorang dari wakilmu tetapi aku tidak akan memberitahukan namanya kepadamu."
Setelah itu Umar memecat orang tersebut yang diketahui melalui pemerhatiannya sendiri, bahawa dia seorang munafik.
Apabila ada seseorang yang meninggal dunia, maka Umar r.a akan melihat Hudzaifah r.a apakah dia menyertai solat jenazahnya atau tidak. Apabila Hudzaifah tidak menyertai solat jenazahnya, maka Umar r.a pun tidak akan menghadiri solat jenazahnya itu.
Ketika Hudzaifah r.a hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir, ia menangis dengan perasaan cemas dan gelisah. Orang-orang bertanya kepadanya, "Wahai Hudzaifah, apakah kamu menangis kerana takut akan kepergianmu dari alam dunia ini?" Hudzaifah menjawab, "Tidak, aku menangis bukan kerana itu. Aku sebenyrna mencintai mati, aku menangis kerana khuatir, apakah dengan pemergianku dari dunia ini, Allah s.w.t redha kepadaku."
Lalu Hudzaifah berkata, "Inilah saat-saat terakhir dari kehidupanku". Kemudian beliau berdoa, "Ya Allah, Engkau tentu mengetahui bahwa aku selalu mencintai-Mu, berkatilah pertemuanku dengan- Mu."
WHAT do you think to this site? Do you have suggestions? Want to share your ideas? Comments or any plaudit?
■KECEMASAN HUDZAIFAH R.A TERHADAP HAL-HAL YANG MENYESATKAN
■TERJEMAHAN BACAAN KETIKA BERWUDHUK
■WHEN YOU SEE YOUR BEAUTIFUL FACE
■LINK TO DOWNLOAD AL-QUR´AN IN MP3 VERSION
■ADAB-ADAB MENAIKI KENDERAAN & KETIKA BERSAFAR
■REWARDS FOR FLUENT RECITING QUR´AN & FOR FALTERING RECITATION
■THE ACTION OF PROPHET S.A.W AT THE TIME OF SOLAR ECLIPSE
RUSUM'S Gallery will show you my photo's collections captured from my Konica Minolta Dimage Z5. Below, choose your favourite theme: