AD-DIN is an arabic word which is bringing the meaning of religion.
RASULULLAH s.a.w pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya, "Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengingati Allah s.w.t iaini dalam keadaan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t, maka dia akan masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum :)". Apakah lagi keistimewaan selain dari keistimewaan kata-kata Nabi s.a.w.
Berzikir bukan sahaja dengan tasbih malah selagi hati ada hubungan dengan Allah s.w.t, maka itulah zikir, tidak kira tempat, waktu dan keadaan. Ketika melihat cermin, ketika masuk ke tandas, ketika mahu tidur dan apa jua aktiviti yang kita lakukan seharian, pasti ada doa-doa yang diiringi dengannya. Tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk Allah s.w.t yang lain akan menjadi saksi dan tempat kita mengingati Allah s.w.t itu akan berasa bangga dengan yang lain kerana kita mengingati Tuhan yang Maha Pencipta.
Oleh sebab ini, tidak salah sekiranya kita berkongsi bersama amalan yang kita boleh lakukan sebelum, ketika dan selepas kita menggunakan kenderaan. Basikal,kereta mahu pun motorsikal yang anda gunakan pasti berbangga dengan rakan sejenisnya yang lain hanya kerana anda mengingati Allah ketika menggunakannya :).
SEBELUM
■ Mendahulukan yang kanan ketika menuju ke kenderaan dengan membaca Bismillah.
■ Sebutlah Alhamdulillah sebaik sahaja anda duduk
SEMASA
■ Kemudian bacalah doa naik kenderaan:
■ Kemudian bacalah Alhamdulillah 3 kali dan Allah Hu Akbar 3 kali
■ Sebagai tambahan bacalah Ayat Az-Zumar yang ke 67 sebagai ayat jaminan ketika kita bersafar. Maksudnya:
"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan"
■ Bermula dengan bacaan Bismillah, bacalah dari ayat Al-Kafirun hingga An-Nas dan berakhir juga dengan bacaan Bismillah.
■ Jabir bin Abdullah r.a telah berkata, "Apabila kami menaiki tempat tinggi kami bertakbir (Allah Hu Akbar) dan apabila menuruninya kami bertasbih (Subhanallah)"
SELEPAS
■ Mulakanlah dengan langkah kiri ketika keluar dari kenderaan dengan ucapan Alhamdulillah
Sebenarnya banyak lagi doa-doa yang ada semasa kita bersafar contohnya ketika merentasi sungai, doa melihat kecantikan ciptaan Allah s.w.t, bacaan ketika melihat qubur, bacaan ketika melihat tempat ibadat (masjid mahu pun yang lain), doa ketika tiba di sebuah bandar dan macam macam lagi. Semoga Allah s.w.t bagi kita semua kekuatan untuk kita amalkan sedikit demi sedikit amalan ketika kita menaiki kenderaan atau pun ketika bersafar ini.. amin.
WHAT do you think to this site? Do you have suggestions? Want to share your ideas? Comments or any plaudit?
■KECEMASAN HUDZAIFAH R.A TERHADAP HAL-HAL YANG MENYESATKAN
■TERJEMAHAN BACAAN KETIKA BERWUDHUK
■WHEN YOU SEE YOUR BEAUTIFUL FACE
■LINK TO DOWNLOAD AL-QUR´AN IN MP3 VERSION
■ADAB-ADAB MENAIKI KENDERAAN & KETIKA BERSAFAR
■REWARDS FOR FLUENT RECITING QUR´AN & FOR FALTERING RECITATION
■THE ACTION OF PROPHET S.A.W AT THE TIME OF SOLAR ECLIPSE
RUSUM'S Gallery will show you my photo's collections captured from my Konica Minolta Dimage Z5. Below, choose your favourite theme: